Bekas Biskut Raya

Meriahkan Bekas Biskut Raya Setanding Hari Raya

Menjelang lebaran, pasti persiapan untuk Hari Raya semakin rancak dijalankan.

Bagi anda yang mengusahakan perniagaan biskut raya, mesti anda tidak ‘menang tangan’ menyiapkan tempahan pelanggan. Pastikan anda memilih bekas biskut raya yang berkualiti tinggi dan tidak mudah pecah.

Selain itu, jangan lupa untuk dekorasi bekas biskut raya anda seiring dengan warna warni Aidilfitri!

Pakar dalam Plastik Packaging Makanan

Combi-Pack berbangga menjadi salah satu pengeluar terkemuka dalam industri pembungkusan makanan di Malaysia.

Didorong oleh semangat kami untuk mengejar kecemerlangan, kami di Combi-Pack berusaha untuk menawarkan plastik packaging makanan yang berkualiti tinggi, inovatif dan mesra alam dengan memanfaatkan kepakaran kami yang luas serta teknologi terkini.

Bekas Biskut Raya yang Memenuhi Citarasa Anda dan Pelangan

Bekas biskut raya kami diperbuat daripada Polipropilena (PP) dan boleh dikitar semula.

Selain itu, packaging biskut raya kami yang selamat dan sofistikated membantu melindungi biskut anda daripada hancur dan meningkatkan jangka hayat biskut.

Hal ini demikian kerana, packaging kami mempunyai kadar penghantaran wap air yang lebih rendah, jadi biskut anda kekal segar dan selamat untuk dimakan.

Kami juga menawarkan kualiti cetakan yang tinggi serta kesan hiasan yang pelbagai misalnya kesan matt, glos, lutsinar, dan sebagainya.

Raikan Hari Raya bersama Bekas Biskut Raya Anti Lemau

Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan packaging makanan yang terbaik untuk anda. 

Dapatkan bekas biskut raya yang menggambarkan suasana lebaran dan identiti bisnes anda daripada Combi-Pack dengan harga yang berpatutan.

Berminat dengan Packaging Biskut Raya Kami?